Dua individu ditahan disyaki dera lelaki di pusat pemulihan dadah

21 Mar 2024 • 12:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua individu ditahan disyaki dera lelaki di pusat pemulihan dadah.

SEREMBAN - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes mengasari seorang lelaki sehingga mendatangkan kecederaan di sebuah pusat pemulihan dadah dekat sini seperti yang tular menerusi laman media sosial.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, kedua-duanya yang merupakan pekerja pusat pemulihan berusia lingkungan 25 hingga 48 tahun itu ditahan di pusat pemulihan berkenaan, semalam.

Beliau berkata, pada 6.58 petang, Selasa lepas, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita menyatakan adik iparnya telah dipukul semasa berada di pusat pemulihan dadah itu.

"Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul sejak mula mendaftar masuk ke pusat pemulihan dadah berkenaan kira-kira tiga bulan lepas.

"Mangsa yang mengalami kecederaan pada seluruh anggota badan kini dirawat di sebuah hospital untuk menjalani pembedahan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya ke Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai menerusi talian 06-7904 389. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved