Dua jari remaja lelaki hampir putus akibat mercun bola

LocalFamily & Parenting
17 Mar 2025 • 3:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA BHARU, 17 MAC: Remaja lelaki berusia 14 tahun hampir putus dua jari tangan kanan selepas terkena mercun bola yang tidak sempat dibaling dalam kejadian di Kampung Batu 23, Labok di Machang, Jumaat lalu.

Ibu mangsa dikenali sebagai Siti, 24, berkata kejadian itu hanya disedarinya pada keesokan hari sekitar 11.30 selepas remaja berkenaan mengadu sakit kepala.

“Dia mengadu kepada sepupu dia sakit kepala sebelum saya sedar kecederaan di tangannya. Kami terus bergegas ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan.

“Bahagian jari telunjuk serta jari tengah tangan kanannya mengalami kecederaan teruk hingga menyebabkan tulang patah. Kami dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat setakat ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved