“Dua jiwa, satu janji” – Kim Seri sah bergelar isteri kepada jejaka Korea Selatan

LocalEntertainment
23 Apr 2025 • 9:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh media sosial, Kim Seri sah bergelar isteri kepada lelaki warga Korea Selatan yang dikenali sebagai Choi Amin.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina, 40, menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya, yang memaparkan gambar mereka berdua dipercayai selepas majlis pernikahan berlangsung.

Kim Seri sah bergelar isteri

Dalam foto tersebut, pasangan itu dilihat saling menggenggam tangan erat sambil Kim Seri memegang jambangan bunga, menambah elemen romantis pada detik penuh bermakna itu.

“Dua jiwa. Satu janji. Satu perjalanan. Semoga Allah SWT merahmati perkahwinan ini dan jadikan kami pasangan yang mengikut syariat-Nya,”tulisnya di Instagram, hari ini.

image is not available

image is not available

Pasangan ini kelihatan memilih untuk mengadakan majlis yang sederhana, namun tetap penuh makna.

“Alhamdulillah… pernikahan yang ringkas tapi bermakna. Syukur atas segala nikmat-Nya,” tulisnya lagi.

image is not available

image is not available

Mohon doa selesaikan segala hutang

Dalam hantara berikutnya di Instagram Story, wanita itu mohon doa daripada orang ramai terutamanya dikurniakan rezeki yang meluas agar dapat menyelesaikan segala hutang-hutang sebelum ini.

image is not available

image is not available

Terdahulu, Kim Seri menafikan dakwaan berpisah dengan bekas suami kerana mahu mendirikan rumah tangga bersama lelaki Korea Selatan.

Kim Seri menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan lucu kerana mengenali lelaki Korea Selatan itu selepas beberapa bulan berpisah dengan bekas suami.

Sumber: IG kimseri_eina