Dua Juru Terbang Maut Pesawat Tentera Udara India Terhempas

29 Jul 2022 • 11:11 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

NEW DELHI, 29 Julai (Bernama) — Dua juruterbang maut selepas sebuah pesawat Tentera Udara India (IAF) terhempas di Rajasthan pada Khamis.

“Pada 9.10 malam sebuah pesawat IAF MiG 21 terhempas ketika membuat latihan. Kedua-dua juruterbang terkorban.

“IAF amat kesal dengan insiden itu dan siasatan telah diarahkan untuk kenal pasti punca nahas,” menurut IAF.

Pesawat itu dilaporkan berlepas dari pangkalan udara Uttarlai di daerah Barmer di Rajasthan.

Menurut laporan media tempatan, sejak Januari 2021 sudah enam pesawat MiG-21 terlibat dalam nahas udara.

— BERNAMA