Tiga jurutera didakwa tuduhan berkomplot untuk mencuri rahsia perdagangan daripada Google dan syarikat teknologi terkemuka lain. Samaneh Ghandali, 41, Mohammad Khosravi, 40, dan Soroor Ghandali, 32, semuanya dari San Jose, telah ditangkap semalam dan membuat penampilan pertama mereka di mahkamah daerah persekutuan di San Jose pada petang yang sama.

Ketiga-tiga tertuduh bekerja dalam bidang pemproses mudah alih, memberi mereka akses kepada maklumat sensitif seperti teknologi keselamatan pemproses, kriptografi dan dokumen teknikal sulit syarikat. Samaneh Ghandali dan Soroor Ghandali adalah adik beradik yang dahulunya bekerja di Google sebelum berpindah ke syarikat lain.
Rahsia yang dicuri dipercayai diberikan kepada entiti yang tidak dibenarkan termasuk negara Iran. Data pula dicuri menggunakan taktik penyamaran menghantar afidavit palsu kepada syarikat, memusnahkan fail serta rekod dan mengambil gambar skrin yang mengandungi rahsia secara manual. Aktiviti yang dilakukan Samaneh dikesan oleh sistem keselamatan Google pada Ogos 2023.
Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan denda $250,00 untuk setiap pertuduhan.
