Dua kad TNG Luxe tak cukup, ini varian ketiga dengan warna baharu

LocalTechnology
26 Sep 2024 • 3:48 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Nampaknya Touch 'n Go terus menerus memancing golongang pengumpul dengan satu lagi varian kad NFC TNG Luxe. Selepas warna hitam premium dan hijau keemasan, TNG keluarkan pula warna biru Navy untuk anda kumpul. Seperti biasa, ini adalah edisi terhad.

image is not available

TNG Luxe Navy ada fungsi sama macam kad TNG NFC lain

Fungsi kad Touch n Go Luxe Green Edition ini sama seperti kad Touch n Go NFC. Pengguna boleh membuat tambah nilai kad terus dari telefon pintar yang memiliki fungsi NFC, menerusi aplikasi Touch n Go eWallet. Kad ini juga menyokong fungsi PayDirect untuk membayar tol, di mana ia akan menggunakan baki di aplikasi Touch n Go eWallet apabila kad disentuh di plaza tol.

Ketahui cara untuk tambah nilai kad Touch n Go NFC di telefon pintar di sini. Selain itu, perlu diketahui bahawa kad Touch n Go NFC ada tarikh luput lebih pendek, hanya 7 tahun berbanding 10 tahun di kad biasa.

Harga TNG Luxe Navy

Sekeping TNG Luxe Navy dijual pada harga RM25 dan sudahpun boleh mula dibeli di semua outlet TNG, store dalam talian (Shopee, Lazada), dan pengedar-pengedar sah seluruh negara.

View Original Article