Dua Kali Buat Kesalahan Sama, JDT Didenda RM30,000

Football
20 Nov 2023 • 5:05 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) didenda RM30,000 kerana gagal mematuhi obligasi penganjuran dalam dua insiden yang berlaku semasa perlawanan akhir Piala FA 2023 dan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi keputusan telah dicapai pada mesyuarat kali ke-14 Jawatankuasa Tatatertib badan induk tersebut, hari ini.

Difahamkan, JDT telah melanggar Artikel 68 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 69 Kod Tatatertib selepas seorang penyokong pasukan Kuala Lumpur City (KL City) dipukul oleh individu yang tidak dikenal pasti sehingga menyebabkan kecederaan serius untuk kesalahan pertama.

JDT didenda

image is not available

“JDT didenda RM15,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” ujar kenyataan itu.

Bukan itu sahaja, JDT turut melakukan kesalahan yang sama ketika perlawanan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) antara JDT menentang Selangor MAC di Stadium Bandaraya Pasir Gudang pada 27 Mei.

image is not available

“JDT melanggar Artikel 68 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 69 Kod Tatatertib FAM akibat daripada kegagalan untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan penyokong JDT mengejek, melakukan provokasi terhadap penyokong pihak lawan dan kemudiannya telah mengerumuni, mengejar dan menyerang penyokong pihak lawan sebelum sempat mereka menaiki bas

“JDT didenda RM15,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” kata kenyataan itu lagi.

image is not available