Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa aksi Liga Super di antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT), yang dua kali ditunda di Stadium Perak sebelum ini, dipindahkan ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.


