Dua Kali Hamil, Dua Kali Suami Hadiahkan Rumah! Pempengaruh Syukur -“Tiada Sehari Rasa Tak Bahagia”

LocalFamily & Parenting
10 Apr 2026 • 7:19 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua mereka.

image is not available

Menerusi perkongsian di Threads, Anees memaklumkan ini merupakan kali kedua beliau menerima kediaman sebagai hadiah, selepas turut menerima perkara sama ketika hamil anak pertama sebelum ini.

“Dua kali mengandung anak dia (suami), dua kali dia belikan rumah untuk saya,” kongsinya.

image is not available

Dalam pada itu, beliau turut memuat naik tangkap layar perbualan bersama suaminya yang meminta beliau menyediakan beberapa dokumen penting bagi melancarkan urusan pembelian rumah berkenaan.

Anees turut meluahkan rasa bahagia sepanjang dua tahun perkahwinannya yang disifatkan penuh ketenangan dan kebahagiaan.

“Dua tahun berkahwin, tiada sehari pun saya rasa tak bahagia. Hari-hari rasa terlampau dibahagiakan, kadang ingat balik apa yang kami lalui dulu semua Allah dah ubatkan,” katanya.

image is not available

Tambahnya, setiap ujian kehidupan mengajar dirinya untuk terus berdoa kerana hubungan suami isteri adalah milik Allah.

“Waktu diuji banykkan berdoa sebab suami ini milik Allah, kita hanya mampu bercakap dengan pemiliknya sahaja,” ujarnya.

Sumber: Threads ayunieso_

The post Dua Kali Hamil, Dua Kali Suami Hadiahkan Rumah! Pempengaruh Syukur -“Tiada Sehari Rasa Tak Bahagia” appeared first on Borak Daily.