“Dua Kali Kena Covid Mungkin Lupa” – Reaksi Sinis Nabila Huda Kepada Nad Zainal

24 Aug 2023 • 11:10 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Dalam satu temu bual, Nad Zainal menjawab dakwaan dia kononnya sedang bermasam muka dengan rakan-rakan selebriti yang pernah rapat dulu.

Menurut Nad, buat masa ini dia hanya fokus kepada suami dan anak-anak serta tidak mempedulikan hal-hal remeh yang lain.

Pelakon ini berkata lagi, isu mengenai kawan ini terlalu ‘high school’ dan dia mempunyai ramai lagi yang masih ada di sampingnya.

image is not available

Memberi respon kepada jawapan Nad Zainal itu, pelakon Nabila Huda bertanyakan siapakah selebriti tersebut? Adakah seorang pelakon kerana dia tak mengenalinya.

Malah, ketika ditemu bual, anak kepada Amy Search ini turut memberi reaksi yang sama. Jelasnya, mungkin kesan daripada terkena Covid-19 sebanyak dua kali membuatkan dia cepat ‘lupa’.

Dengan wajah terkejut, Nabila Huda juga baru mendapat tahu rupa-rupanya dia kena ‘block’ dengan selebriti bernama Nad Zainal tersebut.

Kredit: Hibglam | Official Hlive

+ Baca artikel penuh Facebook dan Telegram Oh! Media.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved