Dua kali lafaz cerai, dua kali rujuk! Status perkahwinan Marissa–Aslam kembali jadi perhatian. 'Mahkamah sahkan nikah, sijil belum keluar'

LocalFamily & Parenting
30 Mar 2026 • 1:15 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PERKAHWINAN anak kedua pelakon dan penyanyi Abby Abadi, Marissa Dania Hakim kembali menjadi perhatian selepas suaminya,  Ahmad Aslam dikatakan pernah melafazkan cerai terhadap pempengaruh sebanyak dua kali pada tahun 2024 dan 2025.

Memetik laporan mStar, Ahmad Aslam melafazkan talak terhadap Marissa di luar mahkamah pada September 2024 dan Jun 2025 dan kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dalam bulan yang sama ketika kedua-dua lafaz tersebut dilakukan.

Peguam syarie mewakili Aslam yang hadir ke  Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosedur tuntutan pengesahan lafaz cerai dan permohonan pengesahan rujuk pasangan berkenaan.

"Apabila disebut pengesahan, maka sudah ada lafaz cerai dan rujuk. Sama ada lafaz tersebut sah atau tidak, mahkamah akan putuskan," katanya kepada mStar.

image is not available

Permohonan untuk pengesahan cerai dan rujuk itu dibuat oleh Aslam atau Ahmad Aslam Saifun Kasyfun Nazir Rasyid, 27, pada 10 Mac lalu.

Marissa dan Aslam turut ke mahkamah bagi prosedur berkenaan mengenakan pakaian sedondon rona khaki. 

Dalam pada itu, Ammar Yaser yang ditanya tentang status hubungan pasangan berkenaan memaklumkan pihaknya telah memberi nasihat.

image is not available

"Nasihat saya kalau nak nikah, laksanakan secara betul," ujarnya.

Kata Ammar Yasser, kedua-dua proses permohonan di atas tanpa sijil pernikahan selepas perkahwinan mereka di Songkhla, Thailand pada 2023.

"Mahkamah telah sahkan perkahwinan mereka, tapi sijil nikah belum keluar lagi sebab masih ada beberapa prosedur dan perbicaraan yang perlu dilalui.

"Jadi, untuk permohonan lafaz dan rujuk kali ini agak rumit kerana belum ada sijil nikah. Tapi saya cuba selesaikan segera," ujarnya.

Sekadar info, Marissa dan Aslam bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.

Sumber: mStar