Dua kali malang, dicekup lagi tiada dokumen perjalanan sah

5 Jan 2024 • 1:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Soe (kanan) dan So ditahan ketika tiba di Stesen Bas Kota Bharu.

image is not available
Warga asing yang ditahan dalam Ops Kutip pada Jumaat.

image is not available
Warga asing yang ditahan dalam Ops Kutip di Stesen Bas Kota Bharu pada Jumaat.

KOTA BHARU - Malang bagi pasangan suami isteri warga Myanmar yang bekerja di kedai makan di Ipoh, Perak apabila ditahan kali kedua di sini kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Lelaki yang dikenali sebagai Soe, 28, berhasrat membawa isterinya, So, 30, yang dikahwini tiga tahun lalu pulang ke Arakan Myanmar untuk diperkenalkan kepada ibu bapanya.

Soe dan isterinya yang sedang hamil lima bulan tiba di stesen bas Kota Bharu pada jam 7 pagi Jumaat dari bandar Ipoh.

**media[2486842]**

"Kami berhasrat menaiki teksi ke Rantau Panjang sebelum melintasi sungai ke Thailand dengan bot dan terus pulang ke Myanmar," katanya kepada pemberita ketika Ops Kutip Jabatan Imigresen Malaysia negeri Kelantan.

Dia memberitahu, sudah kehabisan wang kerana terpaksa membayar denda ketika satu operasi di Ipoh dan tidak tahu nasib mereka selepas ini.

Soe turut mengakui tidak mampu memperoleh pasport yang dianggap mahal sedangkan gajinya sebagai pekerja kedai makan hanya sekitar RM1,200 hingga RM1,300, manakala isteri tidak bekerja

Menurut Soe, dia datang ke negara ini dengan membayar sebanyak RM6,000 kepada 'orang tengah' tetapi tidak mendapat dokumen sah.

**media[2486843]**

Jelasnya, selepas satu operasi di Ipoh pada Khamis, dia mahu berpindah dan bekerja di kampung halaman di Myanmar.

Ops Kutip turut mendapat kerjasama daripada polis dan pihak berkuasa tempatan.

Sebelum ini tular satu video di bandar Kota Bharu yang memaparkan ramai warga asing berkumpul dan berniaga.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan masyarakat apabila mereka didakwa turut memiliki premis perniagaan di lokasi berkenaan.