Dua kampung di Baling terjejas banjir

4 Jul 2022 • 7:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BALING - Dua buah kampung di Mukim Kupang dilanda banjir kilat pada petang Isnin selepas hujan lebat kira-kira tiga jam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, kejadian pada jam 6.30 petang itu menjejaskan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas.

Katanya, hujan lebat sekitar jam 2 petang menyebabkan air Sungai kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.

image is not available

"Sepasukan anggota APM Baling membuat tinjauan ke lokasi kejadian dan mendapati beberapa rumah dimasuki air susulan banjir kilat tersebut.

"Bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

image is not available

Bencana Banjir Lumpur melanda Kampung Sg. Iboi, Baling petang tadi akibat hujan lebat.

Video kredit: Rahman Arshad