
KAJANG - Dua kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang selepas hanyut dibawa arus deras semasa mengambil bola dalam longkang di Taman Prima Saujana di sini pada Khamis.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.32 petang.
"Seramai enam orang anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bergegas ke lokasi yang jaraknya sejauh lima kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi pihaknya mendapati dua mangsa lelaki berusia 12 dan 14 tahun telah hanyut dibawa air.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan di kawasan longkang utama,” katanya.


