Dua kanak-kanak lemas dihanyutkan arus

11 Feb 2023 • 7:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Salah seorang mangsa ditemui pada jam 6.30 petang dalam kejadian di Jalan Ukay Perdana di sini pada Sabtu.

AMPANG - Kegembiraan dua kanak-kanak bermain berhampiran longkang berakhir tragedi apabila mereka terjatuh sebelum dihanyutkan arus deras di Jalan Ukay Perdana di sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, kedua-dua mangsa masing-masing berumur lapan dan 10 tahun.

"Pihak bomba telah menerima panggilan pada jam 4.44 petang sebelum sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi.

"Mangsa pertama yang merupakan kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun telah dijumpai pada jam 6.30 petang lebih kurang 200 meter dari lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa berumur lapan tahun masih dijalankan.