Dua kanak-kanak main luar tingkap: Polis buka siasatan

19 Nov 2026 • 9:04 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Dua kanak-kanak main luar tingkap: Polis buka siasatan

Polis siasat kes disyaki pengabaian selepas dua kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun bermain di luar tingkap unit residensi di Subang Jaya.

KUALA LUMPUR: Tindakan dua kanak-kanak warga asing bermain di bahagian luar tingkap sebuah unit kediaman di sebuah residensi di Subang Jaya membongkar kemungkinan berlakunya kecuaian ibu bapa yang disyaki meninggalkan mereka bersendirian di rumah tanpa pengawasan.

Kejadian membabitkan kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun itu bukan sahaja mengundang kebimbangan penduduk, malah mendedahkan kedua-duanya kepada risiko terjatuh yang boleh mengancam nyawa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintenden Mohd Fairus Jaafar berkata siasatan awal mendapati kedua-dua kanak-kanak berkenaan dipercayai keluar melalui tingkap sebelum bermain di bahagian luar bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya kedua-dua kanak-kanak itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Polis menerima laporan daripada wakil pengurusan residensi terbabit pada jam 3.11 petang Isnin lalu, susulan aduan penduduk mengenai kejadian berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 13 Nov lalu, kira-kira jam 4.26 petang, sebelum rakaman video mengenainya tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Fairus berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang antara lain memperuntukkan kesalahan berkaitan penganiayaan, pengabaian atau pendedahan kanak-kanak kepada keadaan yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu sementara siasatan dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Subang Jaya atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-7862 7222.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Fatin Nur Nadhirah Zahari, menerusi talian 012-9979 552 bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved