Dua kapal layar Royal Selangor Yacht Club rosak diseret bot

13 Nov 2023 • 8:10 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 13 NOV: Dua kapal layar rosak akibat diseret sebuah bot barter trade di jeti Royal Selangor Yacht Club, Pelabuhan Klang, kira-kira 7 pagi semalam.

Timbalan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Komander Maritim Sharenliza Ghazali berkata bot Benteng 02 yang sedang melakukan rondaan rutin bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat.

“Bot KLM Maulana Hasil Abadi dari Indonesia bersama 15 kru warga Indonesia itu telah mengalami kerosakan enjin secara tiba-tiba apabila keluar dari Jeti Asa Niaga.

“Akibat masalah berkenaan, bot itu telah hilang kawalan lalu merempuh jeti Royal Selangor Yacht Club dan dua kapal layar berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Sharenliza sehubungan itu, mengingatkan orang ramai terutama komuniti maritim supaya sentiasa mementingkan keselamatan diri dan memeriksa keadaan bot agar tiada kerosakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut supaya tiada sebarang masalah atau insiden berlaku.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved