Dua kapal tangki minyak, bot tunda terbakar di Selat Hormuz

5 Nov 2026 • 2:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua kapal tangki minyak, bot tunda terbakar di Selat Hormuz

TEHERAN: Dua kapal tangki minyak dan sebuah bot tunda terbakar di Selat Hormuz, menurut kenyataan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) yang dilaporkan media tempatan pada Khamis.

Sejak perang Iran tercetus pada 28 Februari lalu, Teheran mengehadkan dengan ketara pergerakan kapal melalui laluan perairan strategik itu, yang lazimnya mengendalikan kira-kira satu perlima daripada penggunaan minyak global.

Sebagai tindak balas, Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap pelabuhan Iran dan membantu kapal tangki minyak melalui selat berkenaan. 

Markas Pusat AS (CENTCOM) berkata bulan lalu bahawa pihaknya membantu negara-negara Teluk mengeksport 1.5 bilion tong minyak melalui Selat Hormuz sejak musim panas.

“Malam tadi, dalam dua kejadian berasingan, sebuah kapal tangki minyak besar yang cuba melalui laluan tidak sah di selatan Selat Hormuz terbakar selepas terkena periuk api sebelum terhenti,” kata IRGC kepada agensi berita Fars.

“Sebuah lagi kapal tangki minyak gergasi terhenti akibat kebakaran besar ketika keluar dari bahagian timur Selat Hormuz. Sebuah bot tunda yang menghampiri kapal tangki itu untuk memadamkan kebakaran turut terbakar,” tambahnya.

Fars turut melaporkan bahawa unit peperangan elektronik tentera laut IRGC berjaya mengambil alih kawalan dua dron LUCAS, iaitu model yang dibangunkan oleh AS. – AFP

The post Dua kapal tangki minyak, bot tunda terbakar di Selat Hormuz appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved