Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang

8 Jul 2024 • 3:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Dua keluarga di sini kehilangan segala-galanya selepas kediaman dan harta benda mereka musnah dalam kebakaran dekat sini pagi Ahad.

Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Kg Lembah Permai, Kundasang, kira-kira jam 11.50 pagi.

“Panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 11.55 pagi dan sekumpulan 7 anggota bomba diketuai Komander Operasi, PBK II Mastin Suli bergegas ke lokasi.

“Setiba di lokasi kejadian yang terletak 16 kilometer dari balai, kami mendapati berlaku kejadian kebakaran membabitkan dua rumah separuh kekal 2 tingkat.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Rumah pertama berukuran 60x60 kaki dan rumah kedua berukuran 20x30 kaki. 90 peratus daripada kedua-dua rumah terbakar,” katanya.

Tambah Ridwan, Bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan tiga jet 200 kaki, dan sumber air dari jentera bomba dan air terbuka.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.02 tengah hari dan kerja baik pulih terus dilakukan di tempat kejadian.

Menurut Ridwan, tiada mangsa dilaporkan terlibat, manakala punca kebakaran serta kerugian yang dialami masih dalam siasatan.

Beliau mengulangi seruan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan kejadian kebakaran terutama pada musim angin berangin sekarang.

“Orang ramai perlu mengutamakan keselamatan terlebih dahulu kerana kebakaran di kawasan lapang mudah menjadi tidak terkawal dan boleh menjadi bencana dengan risiko kehilangan aset berharga, rumah dan juga nyawa.

“Sekiranya terdapat pembakaran terbuka yang tidak dapat dielakkan, ia mesti dipantau dan dikawal, bagi mengelak api merebak ke kawasan berhampiran,” katanya.

Menurut Ridwan, sebarang kecemasan Bomba atau perkhidmatan Khas boleh menghubungi Bomba Ranau di talian 24 jam (088-878779), talian hotline 019-2449348 atau dail 999.

Beliau berkata, setiap anggota bomba dan penyelamat di daerah ini bersiap siaga dan bersedia bertindak terhadap sebarang kejadian kebakaran di daerah ini memandangkan keadaan berisiko tinggi berlaku ketika ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.