Dua kenderaan parkir dalam garaj terbakar

LocalCars
27 Jan 2025 • 12:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan dua kenderaan yang diparkir di garaj di Batu 3 Ijok di Kuala Selangor pada Isnin.

KUALA SELANGOR - Dua kenderaan yang diparkir dalam garaj terbakar dalam kebakaran di Batu 3 Ijok, di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, dua kenderaan terbakar itu membabitkan Perodua Bezza dan Perodua Axia.

Menurut Ahmad Mukhlis, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu pada jam 3.45 pagi.

"Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati dua kenderaan yang tidak dikenal pasti nombor pendaftaran itu terbakar 80 peratus.

"Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan mangsa dan punca sebenar kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," tambahnya.