Dua Kereta Api Bertembung: Angka Maut Meningkat 8 Orang, Puluhan Cedera

28 Apr 2026 • 10:13 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jumlah korban maut akibat perlanggaran dua kereta api di Indonesia meningkat kepada tujuh orang, manakala 81 lagi cedera dalam kejadian yang berlaku di Bekasi, berhampiran ibu negara Jakarta lewat malam Isnin.

Menurut laporan Reuters, pihak berkuasa berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah tren komuter dan tren jarak jauh.

image is not available

Foto: AFP

Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Mohammad Syafii berkata, usaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap masih diteruskan dengan penuh berhati-hati.

“Kami perlu melibatkan anggota yang mempunyai kemahiran tertentu untuk melakukan operasi menyelamat secara terukur,” katanya dalam sidang media awal pagi Selasa.

Beliau menambah, terdapat mangsa yang masih hidup ketika ini namun terperangkap di celah struktur gerabak yang remuk.

“Ada mangsa yang masih hidup dan kami berharap dapat mengeluarkan mereka, tetapi mereka masih tersepit,” ujarnya.
image is not available

Foto: AFP

Pasukan penyelamat dilaporkan menggunakan mesin pemotong besi bagi menembusi struktur gerabak untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kereta api milik negara, PT Kereta Api Indonesia iaitu Bobby Rasyidin mengesahkan angka korban maut meningkat kepada tujuh orang.

image is not available

Foto: AFP

Difahamkan, tren jarak jauh itu dipercayai melanggar sebuah teksi di lintasan sebidang, sekali gus menyebabkan tren komuter berhenti di atas landasan sebelum dirempuh.

Selain itu, syarikat pengendali teksi elektrik, Green SM Indonesia, memaklumkan menerusi Instagram bahawa kenderaan terlibat adalah milik mereka dan pihaknya telah menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Kes kemalangan itu kini disiasat oleh Komite Nasional Keselamatan Transportasi.

Sumber: Reuters

The post Dua Kereta Api Bertembung: Angka Maut Meningkat 8 Orang, Puluhan Cedera appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved