Dua khemah peniaga pasar malam dihempap pokok

14 May 2024 • 10:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua khemah peniaga di tapak Pasar Malam Taman Semarak di sini dihempap pokok dalam kejadian lewat petang Selasa.

image is not available
Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertugas serta Skuad Pantas Nilai berjaya membersihkan kawasan khemah tersebut.

NILAI - Dua khemah peniaga di tapak Pasar Malam Taman Semarak di sini dihempap pokok dalam kejadian lewat petang Selasa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 6.54 petang.

"Berlaku pokok tumbang yang menimpa dua buah khemah peniaga di tapak pasar.

"Tindakan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertugas serta Skuad Pantas Nilai berjaya membersihkan kawasan khemah tersebut. Tiada mangsa yang dilaporkan cedera," katanya.

Ujarnya, bencana tersebut turut mendapat perhatian Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, J Arul Kumar yang turun padang untuk mengikuti perkembangan situasi bencana tersebut serta menyantuni para peniaga yang terkesan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved