Dua Kotak Sosej Guna Logo Halal Tak Diiktiraf Dirampas KPDN Di Bintulu

19 Oct 2023 • 1:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dua kotak sosej guna logo halal tidak diiktiraf dirampas

Dua Kotak Sosej Guna Logo Halal Tak Diiktiraf Dirampas KPDN Di Bintulu. Satu serbuan telah dijalankan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) di sebuah gudang makanan di Bintulu.

Serbuan itu dijalankan kerana gudang tersebut dipercayai menjual sosej menggunakan logo halal tidak diiktiraf hasil operasi bersepadu pihak Jabatan Agama Islam (JAIS) cawangan Bintulu, Unit Perisikan PDRM Bukit Aman dan penguat kuasa KPDN Bintulu yang bertujuan membanteras aktiviti penggunaan logo halal tidak diiktiraf di sekitar bandar Bintulu.

image is not available
Dua Kotak Sosej Guna Logo Halal Tak Diiktiraf Dirampas KPDN Di Bintulu. Sumber: Facebook

Serbuan itu dijalankan kerana gudang tersebut dipercayai menjual sosej menggunakan logo halal tidak diiktiraf.

Berdasarkan maklumat hasil operasi bersepadu pihak Jabatan Agama Islam (JAIS) cawangan Bintulu, Unit Perisikan PDRM Bukit Aman dan penguat kuasa KPDN Bintulu yang bertujuan membanteras aktiviti penggunaan logo halal tidak diiktiraf di sekitar bandar Bintulu.

Sosej tersebut tidak diiktiraf JAIS

Sebanyak 2 kotak besar sosej dengan bungkusan merah telah disita dan nilai rampasan dianggarkan RM320.00.

image is not available

Kes ini disiasat berdasarkan Peraturan 4, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Menurut peraturan ini, semua makanan tidak boleh diperihal sebagai halal melainkan telah diperakukan oleh pihak berkuasa yang ditauliahkan dan ditandakan dengan logo dalam Jadual Pertama.

Premis disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu tiada seorang pun boleh membuat apa-apa representasi palsu dengan apa-apa cara.

Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-

e-aduan.kpdn.gov.my atau Whatsapp : 019-2794317 @ 019-8488000 (Aduan Pengguna)

Baca lagi artikel menarik:

View Original Article