Dua Lagi Atlet Muay Thai Julang Nama Sarawak Di Peringkat Kebangsaan

4 Jun 2024 • 8:35 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Syabas diucapkan

Dua Lagi Atlet Muay Thai Julang Nama Sarawak Di Peringkat Kebangsaan. Dua atlet bayangan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak mencipta kejayaan di Kejohanan Perlis Open Fight Night yang berlangsung di Dataran Lok 9 Kuala Perlis, pada 1 Jun lalu.

Hasbullah Mood menepati ramalan dengan mengalahkan wakil Kelantan, Pakcu Satnarong, melalui kiraan mata dalam kategori berat 51kg. Muhammad NurAiman Kamaruddim turut mencatat kemenangan menentang peserta Terengganu, Al Tamis, juga dalam kategori berat 51kg.

image is not available
Dua Lagi Atlet Muay Thai Julang Nama Sarawak Di Peringkat Kebangsaan. Sumber: Utusan Borneo

Namun, Maurien Hii Sie Lin tewas kepada peserta Perak, Fakhira, dalam kategori 54kg, dan Muhamad Nurizman Abdullah tunduk kepada Epul Gomo dari Kelantan dalam kategori 58kg.

Ketua Jurulatih Sarawak, Mohd Azan Nadzri, menyatakan kepuasan terhadap pencapaian atletnya yang menunjukkan peningkatan berbanding sebelumnya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua atlet atas prestasi mereka.

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim, memuji prestasi atlet SUKMA, terutama yang berjaya. Katanya, kejohanan ini adalah persiapan penting sebelum perlawanan sebenar pada Ogos nanti. Atlet akan menyertai beberapa kejohanan pendedahan untuk meningkatkan kemahiran dan kekuatan mental serta fizikal.

Beliau juga berterima kasih kepada Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) atas sokongan mereka.

Baca lagi artikel menarik: