Dua Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Makkah

4 Jun 2025 • 3:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Makkah

MAKKAH, 4 Jun (Bernama) — Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci menjadikan jumlah keseluruhan tujuh orang setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata kematian keenam melibatkan jemaah wanita berasal dari Terengganu, iaitu Siti Hawa Ibrahim, 64, dari KT015 yang menginap di Maktab 85A, Land Premium, di sini yang meninggal dunia 9.32 malam semalam di Hospital King Abdullah di sini, disebabkan serangan jantung.

“Jemaah ketujuh yang meninggal dunia ialah Abdul Halim Awang, 76, berasal dari Alor Setar, Kedah. Allahyarham dari KT033, Maktab 89B Al-Fajr Badrik 5, menghembuskan nafas terakhir pada 2.45 pagi tadi, di Hospital King Abdullah akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada petugas media selepas menyaksikan pelepasan jemaah haji ke Arafah di Hotel Abraj Al-Tayseer di sini hari ini.

Lembaga Tabung Haji (TH) telah menghubungi waris kepada kedua-dua jemaah serta akan mengurus sepenuhnya segala keperluan berkaitan pengurusan jenazah dan kebajikan jemaah yang terlibat.

Mohd Na’im bersama seluruh barisan pengurusan tertinggi TH merakamkan ucapan takziah kepada waris serta ahli keluarga arwah dan mendoakan roh mereka dicucuri rahmat selain diterima segala niat mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved