
SANDAKAN: Dua lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) baharu dalam pelaksanaan di negeri ini, masing-masing di Kampung Gelam di Semporna dan Pulau Banggi di Kudat.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata ia juga antara 14 Nadi baharu yang telah dan sedang dibangunkan ketika ini di Sabah.
Menerusi Nadi, katanya, banyak manfaat diterima penduduk sekitar termasuk mengembangkan perniagaan kecil-kecilan secara dalam talian.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ia turut memberikan maklumat mengenai penggunaan perkhidmatan dalam talian yang selamat, khasnya remaja bawah 13 tahun yang tidak boleh memiliki akaun media sosial dan perlu dipantau ibu bapa,” katanya selepas merasmikan Hari Bersama Komuniti (HBK) Nadi Sim-Sim di Kampung Sim-Sim, di sini, pada Ahad.
Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Program Perkhidmatan Pintar Nadi itu bertujuan merapatkan jurang digital dan sosial serta memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi dalam menjayakan agenda digital negara.
Fahmi berkata, sejak beroperasi pada 22 Oktober 2019, Nadi Sim-Sim telah melaksanakan pelbagai program yang membantu memperkasakan komuniti setempat khususnya melalui lima teras Perkhidmatan Pintar iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran dan Inisiatif Kerajaan.
“Di Nadi Sim-Sim ini sendiri, ramai usahawan komuniti juga berjaya meningkatkan pendapatan melalui latihan dan sokongan digital yang disediakan,” katanya.
Turut hadir, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Papat Datuk Frankie Poon Ming Fung dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md. Isa, antara lain.



