Dua Lelaki Baiki Lampu Jalan Maut Terkena Renjatan Elektrik

18 Nov 2022 • 3:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua lelaki baiki lampu jalan maut terkena renjatan elektrik

KOTA KINABALU, 18 Nov (BERNAMA)– Dua lelaki dipercayai kontraktor maut akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang membaiki lampu jalan dalam kejadian di Apartment Bukit Melinsung, Papar pagi ini.

Jurucakapa Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pukul 8.25 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar ke tempat kejadian.

“Didapati tiga mangsa terlibat dalam kejadian itu, seorang mangsa terselamat dan dua orang lagi disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa selepas bekalan elektrik diputuskan oleh pihak SESB (Sabah Electricity Sdn Bhd). Operasi ditamatkan pada 9.51 pagi,” katanya.

Menurut jurucakap itu, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Abdul Rauf Manda, 61, dan Asnan Ab Wahid, 54, manakal mangsa yang selamat ialah Albrayan Binga, 27.

Sumber: BERNAMA