Dua lelaki buat ‘projek’ dalam kereta, MB Negeri Sembilan serah pada polis

LocalPolitics
21 Nov 2025 • 3:19 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tular melibatkan dua lelaki yang melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kereta, yang dikaitkan dengan seorang imam masjid di daerah Seremban.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Agama Islam dan Keselamatan, menekankan bahawa masyarakat tidak seharusnya membuat tuduhan sebelum siasatan selesai.

“Biar polis siasat siapa dia. Jangan terus menuduh imam atau mana-mana individu kerana itu adalah keterlaluan. Saya sendiri tidak berani menonton video tular berkenaan dan berharap pihak polis dapat menyiasat perkara ini dengan sewajarnya,” katanya pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Masjid Kariah Bongek, Daerah Rembau, bernilai RM6 juta, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Jawatankuasa Masjid Kariah Paroi Jaya telah menafikan sebarang pembabitan imam masjid mereka dalam video yang memaparkan dua lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved