Dua lelaki didakwa bunuh warga Pakistan

26 Jul 2022 • 3:17 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PETALING JAYA: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan di sebuah kondominium di Kelana Jaya, awal bulan ini.

S. Kumara Rao, 55, dan R. Ramesh, 45, didakwa bersama-sama membunuh Qadir Muhammad, 35, di Tower A-17-12, Bangunan Zenith Residence Corporate Park, Jalan SS 7/26, Kelana Jaya, pada 8.48 malam, 11 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan mayat lelaki dalam keadaan bogel selepas terjatuh dari tingkat 17 kondominium di Kelana Jaya, 12 Julai lepas.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved