Dua Lelaki Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Penemuan Mayat Nurjilya Abdullah

17 Jul 2026 • 11:47 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bersama seorang lelaki tempatan diperintah reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Kampung Numbak, Sepanggar, semalam.

Reman tujuh hari

Image from: Dua Lelaki Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Penemuan Mayat Nurjilya Abdullah

Memetik laporan Buletin TV3, perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 39 dan 42 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali, berkuat kuasa hari ini hingga 24 Julai.

Permohonan reman dibuat oleh pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Polis (ASP) La Paula Abd Muis, mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Menurut ASP La Paula, siasatan kes kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun pihaknya masih belum dapat mendedahkan banyak maklumat kerana proses siasatan masih berlangsung.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Namun, tidak banyak maklumat yang dapat didedahkan buat masa ini kerana siasatan masih berjalan,” katanya ketika ditemui selepas prosiding reman secara tertutup selesai.

Sebelum ini, kedua-dua suspek ditahan polis selepas mayat kanak-kanak warga tempatan, Nurjilya Abdullah, ditemukan susulan laporan kehilangan mangsa sejak 13 Julai lalu.

Image from: Dua Lelaki Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Penemuan Mayat Nurjilya Abdullah

Mayat mangsa ditemui di kawasan cerun yang dipenuhi semak berhampiran sebuah rumah yang masih dalam pembinaan di Kampung Numbak, Sepanggar, semalam.

Terdahulu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman memaklumkan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa dipercayai akibat kecederaan pada bahagian muka dan belakang kepala.

Kecederaan tersebut disyaki berpunca daripada hentakan menggunakan objek keras dan tumpul.

Sumber: Buletin TV3

The post Dua Lelaki Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Penemuan Mayat Nurjilya Abdullah appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved