Dua lelaki disyaki terlibat kes simbah cat di Gombak ditahan

7 Feb 2024 • 6:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Dua lelaki disyaki terlibat dalam kes menyimbah cat merah di Taman Selaseh, Batu Caves pada 25 Jan lepas ditahan di sekitar ibu kota petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Abang Kaderi Abang Wasli berkata kedua-dua suspek berusia 23 tahun yang ditahan pukul 5 petang itu turut didapati positif dadah.

“Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah curi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah komputer riba bersama sebuah mesin pencetak, empat keping nota mengandungi ayat ugutan bayaran balik pinjaman, dua tin cat merah dan empat botol kosong minyak masak, tiga topi keledar serta sebuah motosikal Yamaha LC 135 berwarna hitam yang dilaporkan hilang di Dang Wangi.

Kedua-dua suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini.

Pada 25 Jan lepas, tiga kenderaan dan pagar dua buah rumah di Taman Selaseh, Gombak di sini rosak selepas disimbah cat merah dipercayai dilakukan oleh pemberi pinjaman wang tidak berlesan atau ‘along’. -Bernama