Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan bersenjata

3 Sep 2023 • 11:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua lelaki ditahan disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjata di sebuah kedai runcit di Bandar Utama, Gua Musang, Jumaat lepas.

GUA MUSANG - Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjata di sebuah kedai runcit di Bandar Utama di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan kira-kira 4.30 petang hari sama.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi, mangsa merupakan pekerja di kedai runcit berkenaan diserang sekumpulan lelaki ekoran berlaku perselisihan faham selepas memarahi suspek yang mencuri satu karton air minuman berkarbonat dari premis berkenaan.

"Akibat tidak berpuas hati kerana dimarahi mangsa, seramai enam rakan suspek datang menyerang mangsa di kedai tersebut dengan menggunakan parang, batang besi dan kayu panjang sehingga menyebabkan kecederaan ke atas mangsa.

"Selain itu, suspek juga telah merosakkan barangan kedai runcit," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Choon Foo berkata, polis turut merampas senjata yang disyaki digunakan semasa kejadian termasuk sebilah golok, buku lima dan sebatang cota kayu.

Beliau berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif terhadap dadah jenis benzo dan methamphetamine.

Katanya, mereka disiasat lanjut mengikut Seksyen 379 dan 148 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan merusuh serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved