Dua lelaki ditahan miliki mercun, bunga api tanpa permit

1 Oct 2022 • 7:58 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Polis menahan dua lelaki warga tempatan dan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api dipercayai tanpa permit bernilai kira-kira RM400,000 di sebuah rumah kedai dekat Tanjung Rambutan di sini semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata suspek berusia 29 dan 30 tahun itu ditahan kira-kira 5.30 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hasil maklumat diterima pihaknya.

“Hasil daripada operasi yang dijalankan, pihak polis berjaya menangkap dua individu tersebut bersama rampasan sebuah lori dan 715 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api dengan nilai anggaran RM400,000.

“Siasatan awal mendapati kesemua mercun dan bunga api yang dirampas adalah disimpan tanpa permit di dalam rumah kedai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Yusri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 3 Okt.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved