Dua lelaki edar 4.09kg syabu dihukum mati

14 Mar 2024 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Dua lelaki dijatuhi hukuman mati kerana mengedar 4,091.7g syabu dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Duncan Sikodol menjatuhkan hukuman itu terhadap Fung Kim Loong, 42, dan Sirman Abdullah, 32, selepas memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah ke atas kedua-dua mereka.

Fung dan Sirman didapati bersalah mengedar dadah pukul 3.55 petang pada 14 Jun, 2022 di Bandar Sri Indah, di sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati, dan sekurang-kurangnya 15 kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Terdahulu, peguam Ram Singh yang mewakili kedua-dua lelaki itu memohon hanya hukuman penjara seumur hidup dikenakan terhadap mereka dengan mengatakan bahawa tertuduh tidak mengenali antara satu sama lain.

Ram seterusnya berkata kedua-duanya adalah pembawa tidak bersalah dan tidak mempunyai niat untuk mengedar dadah dan ia merupakan kesalahan pertama mereka.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain menegaskan hukuman mati itu adalah hukuman wajar dikenakan ke atas kedua-dua lelaki itu memandangkan aktiviti mengedar dadah semakin berleluasa dan menambah, berat dadah itu melebihi empat kilogram.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.