Dua lelaki gagal seludup lebih 900 liter petrol ke Thailand

LocalPolitics
28 Jan 2025 • 9:07 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Cubaan dua lelaki menyeludup lebih 900 liter petrol bernilai RM3,029.50 ke Thailand gagal selepas kereta dinaiki mereka ditahan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di Chabang Empat, Tumpat Isnin. - Foto: PGA

TUMPAT - Cubaan dua lelaki menyeludup lebih 900 liter petrol bernilai RM3,029.50 ke Thailand gagal selepas kereta dinaiki mereka ditahan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di Chabang Empat di sini pada Isnin.

Tangkapan dan rampasan itu dilakukan pada jam 6 petang selepas PGA mengesan sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan menerusi Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan mendapati terdapat lebih 900 liter petrol telah ditemui.

"Selain itu, PGA turut mengesan pemilik kenderaan telah mengubah suai tangki dipercayai digunakan untuk aktiviti tersebut," katanya ketika dihubungi pemberita pada Selasa.

Menurut beliau, kedua-dua suspek itu ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata, kesemua hasil rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) Kelantan.

"PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved