Dua lelaki maut, nahas kereta dengan bas pekerja

LocalCars
17 Apr 2025 • 9:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit nahas dengan sebuah bas kilang di Jalan Salleh-Bukit Pasir, Muar awal pagi Khamis.- Foto Bomba

image is not available
Keadaan kereta terbabit nahas dengan sebuah bas kilang di Jalan Salleh-Bukit Pasir, Muar awal pagi Khamis.- Foto Bomba

image is not available
Keadaan kereta remuk selepas terbabit kemalangan dengan bas pekerja.- Foto Bomba

MUAR – Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit nahas dengan sebuah bas kilang di Jalan Salleh-Bukit Pasir, awal pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 pagi itu, mangsa, Muhammad Nur Aiman Mohd Azharry, 21, dan Amar Jazli Yusof, 26, yang menaiki kereta Perodua Axia maut di tempat kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II, Muhammat Fazli Mat Jinin berkata, panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu diterima pada jam 6.18 pagi sebelum 11 anggota serta dua jentera bergegas ke lokasi.

**media[3087975]**

“Sebaik tiba di lokasi lima minit kemudian, didapati kemalangan melibatkan sebuah bas pekerja jenis Hino dan sebuah kereta Perodua Axia.

"Kesemua 30 penumpang termasuk pemandu bas berusia 49 tahun tidak mengalami kecederaan dan berjaya keluar sendiri sebelum pasukan tiba.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta didapati tersepit dan dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan.

Katanya, Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.35 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

**media[3087974]**