Dua lelaki mengaku tak salah ugut wanita

13 Dec 2023 • 4:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Dua lelaki tempatan masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan ugutan dengan menakutkan secara jenayah terhadap seorang wanita di sini pada bulan lepas.

Tai Soon Hui, 24, dan Al Hafeez Latif, 32, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Nur Faezah Jafry selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka pada Selasa.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu terhadap Farahana Atikah Lukas, 39, kira-kira jam 9 pagi 28 Nov tahun ini di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni, di sini.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, dan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM1,300 dengan seorang penjamin tempatan.

Nur Faezah juga menetapkan 29 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Pegawai Pendakwa, Nooraznie Bolalan mengendalikan pendakwaan sementara, kedua-dua tertuduh diwakili peguam Wesley Chang Zeyang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.