Dua lelaki miliki syabu dijel 11 tahun, sebatan

8 Oct 2022 • 2:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan diperintah dikenakan sebatan setiap seorang kerana memiliki 42.96gm syabu.

Chong Choon Vui @ Edmon Chong, 48, dan Mohd Kassim Mohd Yusof, 35, menukar pengakuan mereka dan mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan.

Mereka didapati memiliki dadah itu jam 6.30 petang pada 5 Ogos, 2021 di dalam sebuah kereta semasa sekatan jalan raya di Kilometer 25 di Jalan Kota Kinabalu – Tuaran.

Perbuatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya itu dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara lima tahun dan seumur hidup, dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Chong dan Mohd Kassim menjalani hukuman penjara itu dari tarikh mereka ditangkap pada 5 Ogos 2021.

Mahkamah diberitahu Chong dan Mohd Kassim ditahan selepas dadah ditemui bersama mereka di dalam kereta itu semasa sekatan jalan raya yang dijalankan polis di tempat tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Lim Sze Chuen tampil untuk pendakwaan manakala kedua-dua mereka tidak diwakili.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 54 tahun diperintah membela diri atas pertuduhan membakar sebuah rumah di Kota Belud.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus membuat perintah itu terhadap Sedin Mertin selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Sedin.

Mahkamah menetapkan 6 Dis untuk pembelaan Sedin.

Sedin didakwa melakukan khianat jam 9 pagi, 4 Ogos, 2021 di sebuah rumah di Kg Kuala Abai, Kota Belud.

Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin mengendalikan pendakwaan manakala peguam Khairudin Nordin mewakili Sedin.

Pendakwaan telah memanggil enam saksi semasa perbicaraan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.