Dua Lelaki Rompak RM65 Kedai Serbaneka, Dijel Tiga Tahun Dan Satu Sebatan

25 Aug 2022 • 12:49 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua lelaki rompak RM65 kedai serbaneka, dijel tiga tahun dan satu sebatan

Perbuatan dua lelaki yang merompak RM 65 sebuah kedai serbaneka minggu lalu, mendapat balasan selepas kedua mereka telah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada hari ini.

Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas keduanya mengaku bersalah atas pertuduhan kes yang dibacakan di hadapan mereka pada hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu berjalan bermula dari tarikh tangkapan dibuat terhadap suspek pada 19 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan, kedua mereka didakwa telah melakukan samun berkumpulan terhadap seorang pekerja berusia 17 tahun di sebuah kedai serbaneka dengan mengambil wang tunai sebanyak RM 65.

Kesalahan yang dilakukan di sebuah kedai serbaneka di Taman Pertama, Cheras pada pukul 9.30 malam, 18 Ogos lalu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Mengikut hukuman seksyen itu, hukuman penjara boleh dikenakan maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebatan.

Sumber: KOSMO

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved