
Kota Kinabalu: Dua orang ‘mandi’ air kotoran selepas kereta Kancil yang mereka naiki terhumban ke dalam parit monsun di Taman Milek Perkasa, di sini, Sabtu.
Dua individu berusia lingkungan 20-an itu dikatakan menuju ke arah City Mall dari Lido, apabila pemandunya hilang kawalan pada jam 1.15 tengah hari.
Kancil itu merempuh sisi sebuah Axia yang juga dalam perjalanan menuju arah yang sama. Pemandu Axia itu tidak cedera.
Kancil itu terhumban ke dalam parit monsun akibat impak itu.
Pemandu dan penumpang Kancil itu berjaya memanjat keluar dari parit itu dengan selamat namun basah kuyup.
Polis trafik dari Kota Kinabalu dipanggil ke lokasi untuk menjalankan siasatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
