Dua mangsa kepala air disemadikan dalam satu liang lahad

18 Jul 2026 • 6:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua mangsa kepala air disemadikan dalam satu liang lahad
Dua mangsa tragedi kepala air di pusat peranginan Sungai Sedim, Kulim selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palas, Jitra pada petang Sabtu. Foto: Team Bantuan Sungai Petani
Image from: Dua mangsa kepala air disemadikan dalam satu liang lahad
Ahli keluarga, sahabat handai dan penduduk setempat hadir memberikan penghormatan terakhir kepada kedua-dua mangsa.
Image from: Dua mangsa kepala air disemadikan dalam satu liang lahad
Ahli keluarga dan orang ramai sebak melihat jenazah Nur Atikah Abdullah, 28, dan sepupunya Muhammad Aariz Daniel, 3, yang terkorban dalam kejadian fenomena kepala air di Sungai Sedim, Kulim, semalam, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palas, Kangar, hari ini. Foto Bernama
Image from: Dua mangsa kepala air disemadikan dalam satu liang lahad
Ahli keluarga menghadiri pengebumian jenazah Nur Atikah Abdullah, 28, dan sepupunya Muhammad Aariz Daniel, 3, yang terkorban dalam kejadian fenomena kepala air di Sungai Sedim, Kulim, semalam, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palas, Kangar, hari ini. Foto Bernama
Image from: Dua mangsa kepala air disemadikan dalam satu liang lahad
Orang ramai dan ahli keluarga melakukan solat jenazah Nur Atikah Abdullah, 28, dan sepupunya Muhammad Aariz Daniel, 3, yang terkorban dalam kejadian fenomena kepala air di Sungai Sedim, Kulim, semalam, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palas, Kangar, hari ini. Foto Bernama

JITRA – Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Palas di sini apabila jenazah dua mangsa tragedi kepala air di pusat peranginan Sungai Sedim, Kulim selamat disemadikan dalam satu liang lahad pada petang Sabtu.

Jenazah Nur Atikah Abdullah, 28, dan sepupunya, Muhammad Aariz Daniel Md Radzi, 3, dikebumikan kira-kira jam 5.30 petang dengan diiringi ahli keluarga serta sanak saudara.

Terdahulu, kedua-dua jenazah dibawa ke Surau Kampung Palas sebaik selesai proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sebelum disolatkan.

**media[3587062]**

Kira-kira 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai dan penduduk setempat hadir memberikan penghormatan terakhir kepada kedua-dua mangsa.

Suasana hiba jelas kelihatan apabila ahli keluarga mengiringi jenazah ke tanah perkuburan untuk dikebumikan dalam satu liang lahad.

**media[3586813]**

Media sebelum ini melaporkan tiga mangsa maut selepas dihanyutkan arus deras ketika fenomena kepala air melanda pusat peranginan Sungai Sedim pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa dipercayai sedang berkelah bersama ahli keluarga sebelum dihanyutkan arus deras yang melanda kawasan rekreasi berkenaan.

**media[3587061]**

Nur Atikah dilaporkan datang ke Sungai Sedim bersama kira-kira 15 ahli keluarganya termasuk ibu bapa bagi meluangkan masa bersama.

Lebih memilukan, wanita itu dikatakan sempat meraikan ulang tahun kelahiran anak tunggalnya, Nur Atiya Sofiya Shazwan, 7, sebelum tragedi meragut nyawanya.

**media[3587063]**

Selain Nur Atikah dan Muhammad Aariz Daniel, seorang lagi mangsa, Muhammad Uzair Ahmadi Hussain, 12, turut terkorban dalam tragedi tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved