Dua ‘mastermind’ Bangladesh bekal pekerja guna PLKS dicekup

12 Aug 2026 • 5:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua ‘mastermind’ Bangladesh bekal pekerja guna PLKS dicekup

JOHOR BAHRU – Taktik dua dalang warga Bangladesh yang menjadikan sebuah rumah teres sempit sebagai ‘port’ transit dan agihan gaji 121 buruh haram akhirnya tumpas selepas digempur pihak berkuasa, semalam.

​Dalam operasi Ops Serkap bermula pukul 7.20 malam itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor berjaya membongkar kegiatan sindiket pembekal pekerja asing haram serta merampas wang tunai RM776,614.00, dua buah mesin kiraan wang dan sebuah kereta Toyota Corolla Cross.

​Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, serbuan membabitkan tiga lokasi sekitar Johor Bahru dilakukan hasil risikan dan maklumat awam selama dua bulan.

​”Dua dalang utama warga Bangladesh dikesan menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk membekalkan tenaga kerja haram ke kilang-kilang sekitar Johor Bahru.

​”Turut ditahan dua lagi lelaki warga Bangladesh dan Myanmar yang bertindak sebagai ‘penyelia’,”katanya dalam kenyataan hari ini.

​Menurutnya, JIM turut menyita 450 slip gaji bersama sampul berisi wang tunai, dua komputer riba, senaskah Pasport Nepal serta buku cek bank.-KOSMO! ONLINE

The post Dua ‘mastermind’ Bangladesh bekal pekerja guna PLKS dicekup appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved