Dua maut, 140 cedera gempa bumi 5.6 skala Richter landa Turkiye pada Isnin

1 Mar 2023 • 10:19 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ANKARA, 1 MAC: Dua maut, 140 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda wilayah Malatya, tenggara Turkiye pada Isnin, menurut Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Türkiye pada Selasa.

Seramai 40 mangsa telah dimasukkan ke hospital, 12 daripadanya dilaporkan dalam keadaan serius, menurut AFAD dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Gempa bumi dengan kedalaman 6.96 kilometer, berpusat di daerah Yesilyurt.

Wilayah Malatya adalah antara 10 wilayah di Turkiye yang dilanda bencana dahsyat pada 6 Februari lalu, hingga mengorbankan lebih 44,000 orang dan menyebabkan puluhan ribu hilang tempat tinggal.

– BERNAMA