Dua maut 4WD jatuh gaung

31 May 2025 • 4:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jimmy Goh

Kota Kinabalu: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas Isuzu Bighorn yang mereka naiki terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di sepanjang Jalan Penampang-Tambunan, berhampiran Kampung Moyog, dekat sini, pada Rabu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan dua mangsa maut itu, berumur 40 dan 49 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada 8.15 malam dan mengerahkan sembilan anggota bersama satu jentera, diketuai komander operasi Mohd Khairul Abd Kohir, ke lokasi kejadian,” kata jabatan itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Isuzu Bighorn yang terbabas sendiri sebelum terjatuh ke dalam gaung.

“Pasukan bomba bertindak menaikkan semua mangsa yang berada di dalam gaung,” kata jabatan.

Mangsa cedera diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, sementara mayat dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Lokasi terpencil kemalangan memberi cabaran kepada penyelamat kerana tiada liputan rangkaian komunikasi di tempat kejadian.