
SANDAKAN: Dua maut manakala lima lagi cedera parah selepas Proton Iswara yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori 10 tan di Batu 25, Jalan Sandakan, pada Sabtu.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, PKPgB Severinus Sainkui, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.53 petang. Dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan kesihatan, manakala lima lagi yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans.
Pasukan bomba membantu memindahkan jenazah iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan ke kenderaan polis untuk tindakan selanjutnya.
Dalam kejadian tersebut, empat yang berada di dalam lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
SPONSORED CONTENT Sabah blackouts a thing of the past with electricity power handover Kota Kinabalu: Blackouts or power outages, a regular feature in the Land below the Wind, could be a thing of the past with the federal government’s phased handover of regulatory power on Sabah’s electricity supply to the state government. Read more * Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
