
KINABATANGAN: Dua maut dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di Jalan Tongod, Kampung Kiandungo dekat sini, Jumaat malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata mangsa adalah seorang pemuda berusia 27 tahun, Pang Yen Mee dan Debora Batandung, 54, yang meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Katanya, mereka bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 jam 7.36 malam, Jumaat.
“Kemalangan membabitkan Proton Saga FLX, yang dinaiki kedua-dua mangsa, yang bertembung dengan pacuan empat roda, Toyota Hilux.
“Mangsa maut dalam Proton Saga berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba manakala lima orang yang berada dalam Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, Sabtu.
Azlan berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 10.21 malam.
Tambahnya, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
