Dua maut, empat lagi cedera kemalangan di Lahad Datu

14 Sep 2022 • 1:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Dua maut manakala empat lagi cedera selepas Toyota Fortuner yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Silam, di sini, pada Isnin.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.20 petang melalui MERS 999.

Satu pasukan dengan sebuah jentera (FRT) dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Tiga mangsa wanita telah pun dibawa ke hospital oleh orang ramai sebelum bomba tiba, manakala dua daripada tiga mangsa lelaki disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan.

Seorang lagi lelaki yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota bomba sebelum dihantar ke hospital dengan ambulans.

Operasi itu ditamatkan pada pukul 7.18 malam selepas pasukan mengesahkan tiada bahaya lain di tempat kejadian.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.