Dua maut kemalangan tiga kenderaan di Jalan Kuala Krai-Gua Musang

7 Feb 2025 • 9:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA BHARU, 7 FEB: Dua maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, dekat Sungai Sam, Kuala Krai petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Razani Mamat berkata kemalangan itu melibatkan sebuah Perodua Axia, Honda City dan lori lima tan.

“Mangsa yang meninggal dunia menaiki Perodua Axia, terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita manakala dua lagi penumpang kereta itu cedera parah.

“Sementara itu, seorang wanita yang memandu Honda City serta pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.50 petang sebelum sembilan anggota digerakkan ke lokasi nahas.

“Sebaik tiba, kami segera melaksanakan operasi menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan dua mangsa dalam Perodua Axia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Razani berkata dua wanita yang cedera parah itu pula dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

–BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved