
BELURAN: Seorang pemandu dan seorang penumpang maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Telupid - Beluran, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata mangsa yang maut dalam insiden jam 4.20 petang itu dikenal pasti sebagai Jamil Matesair, 38, dan Jumiani Tumanan, 31.
Kasim berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah Perodua Myvi yang dipandu dari arah Telupid menghala Sandakan dan sebuah van dari arah bertentangan.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi itu cuba memintas sebuah lori treler di hadapannya tetapi bergesel dengan van itu.
“Van itu kemudian gagal dikawal dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar tayar kanan lori treler itu.
“Pemandu dan penumpang van itu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital,” katanya ketika dihubungi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
