Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan

LocalCars
26 Dec 2024 • 9:48 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Jalan Pontian Lama, berhampiran bulatan Taman Desa Skudai pada awal pagi Khamis. Foto JBPM

image is not available
Seorang mangsa lelaki berusia 43 tahun maut di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kereta. Foto JBPM

image is not available
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.Foto JBPM

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Jalan Pontian Lama, berhampiran bulatan Taman Desa Skudai, di sini awal pagi Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan I, Suraini Adnan berkata, tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan kecemasan diterima pada jam 12.11 pagi.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.

"Akibat perlanggaran tersebut, seorang mangsa lelaki berusia 43 tahun maut di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kereta.

"Seorang lagi lelaki berusia 43 tahun turut disahkan meninggal dunia manakala pemandu lori seorang lelaki berusia 36 tahun, dilaporkan terselamat tanpa mengalami kecederaan serius," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Suraini, peralatan khas digunakan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan ambulan untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 2.03 pagi.